FANDOM


Seorang pembantu kepada Enma Ai yang bertukar menjadi patung straw hitam apabila diperlukan. Dia juga seringkali mengambil bentuk kenderaan Ai dengan roda berapi apabila dia kembali ke dunia biasa untuk mengheret mangsanya; Enma Ai telah menyatakan bahawa sebelum Wanyūdou melakukan tugas ini untuknya, dia seringkali berjalan ke dunia biasa dan berjalan pulang semula ke dunia asingnya. Kenderaan tersebut secara kebetulan mempunyai tanda simbol hitam berapi yang terdapat pada dada mereka yang telah melangsaikan kontrak dengan Gadis Neraka. Pada hampir sepanjand masa yang lain, Wanyūdō muncul sebagai seorang tua dengan mata kuyu, memakai topi nelayan dan pakaian tradisional Jepun. Meskipun kelihatan lemah dan kurang berupaya disebabkan umurnya, Wanyūdō mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri, mampu melontar bebola api dan juga mempunyai kekuatan luar biasa. Nama Wanyūdō bermaksud "Roda yang bergerak di jalan raya", merujuk kepada jelmaan bentuk roda berapinya. Dalam episod 12 musim kedua, Wanyūdō didedahkan sebagai jurupandu kepada seorang puteri, yang telah jatuh ke dalam gaung. Kenderaannya terbakar dan setiap seorang dalamnya terbunuh. Maka, dia berubah menjadi yōkai yang sering mengganas di sekitar orang lain dalam bentuk roda berapinya, sehingga dia bertemu dengan Ai dan dia menjemputnya menyertainya sebagai temannya yang pertama. Ai mendedahkan kepada Wanyūdō kebolehannya untuk mengubah bentuknya.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak