FANDOM


(anime voice|Kanako Sakai)

Seorang gadis kecil yang diperkenalkan dalam musim kedua. Sedikit sahaja yang diketahui tentangnya, namun dia telah dibuktikan berupaya untuk merentas dunia senja Enma Ai dan dunia manusia dengan mudah, sehingga menggangu tugas-tugas Enma Ai dan para pembantunya. Ini secara langsung membuktikan bahawa Kikuri bukannya manusia biasa. Untuk menonjolkan kontras sebenar di antara Ai dan Kikuri, gadis kecil ini mempunyai mata berwarna biru-ungu (termasuk juga bahagian sklera) dan personalitinya jauh lebih kebudah-budakkan berbanding personaliti Ai. Dia telah menyatakan minatnya terhadap Ai, namun tingkah-lakunya seringkali menyebabkan penyeksaan dan ketakutan pada tahap yang maksimum. Perbuatannya setakat ini belum lagi dikenalpasti sama ada berasal daripada kejahatan sebenar ataupun tidak. Kadang-kala, Kikuri gemar merosakkan dan menghancurkan benda-benda pada tahap yang kecil, contohnya seperti merosakkan bunga-bunga ataupun apa-apa sahaja yang Ai sayangi. Walaupun kelihatan tidak munasabah, Kikuri telah mempamerkan kehebatannya menggunakan cawatnya, menggunakannya untuk memukul atau menangkap objek. Meskipun secara semula jadinya ganas, dia sebenarnya mengikuti arahan yang diberikan Ai, dan hanya dia seorang sahaja (dalam sebuah episod, kelakuannya ini dibuktikan apabila dia menggangu nenek Ai meskipun dimarahi perempuan tua itu dan dihalang oleh Ai). Dalam episod terakhir musim kedua, Kikuri didedahkan sebagai "pembawa" kepada si Labah-labah, yang mampu merasuk dirinya pada bila-bila masa. Disebabkan ini, perkara-perkara yang dilakukan Kikuri sukar dipastikan asal-usul niatnya, kerana dirinya boleh dikawal oleh Ketua Neraka pada bila-bila masa, dan mustahil ditentukan. Setelah roh mereka yang disanjungi Ai dan dirinya sendiri dilepaskan, Kikuri, yang sedang berada di atas sampan, berkata-kata sambil mencucuk-cucuk buah ceri semerah mata Ai: "Semuanya telah berakhir. Begitulah kata-kata Ai... Syabas." Pada masa ini, identiti Gadis Neraka yang seterusnya sukar dipastikan. Namun, kewujudannya adalah pasti.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak