FANDOM


Seorang lelaki muda kacak yang merupakan pembantu kepada Enma Ai. Dia boleh menggunakan sebiji mata yang besar di bawah kawalannya kepada mana-mana sudut, membenarkannya untuk melihat bahagian dalam bangunan menembusi dinding-dinding. Mata yang besar ini juga boleh digunakan sebagai senjata, dengan memancarkan beberapa pancaran cahaya yang kuat. Apabila diperlukan, Ren bertukar menjadi sebuah patung straw biru dengan mencium loket yang dipakainya pada lehernya. Dia kadang-kala dirujuk sebagai "Moku" atau "Ichimoto Ren". Ren didedahkan sebagai seorang tsukumogami, sebuah artifak yang telah memeperoleh perasaan setelah wujud dalam tempoh masa yang lama. Dalam kes Ren, artifaknya ialah sebilah katana, dipaksa melihat apa-apa yang dilakukan ke atasnya. Dia diberikan bentuk-bentuk baru oleh Ai, yang telah mengutipnya setelah dia dijumpai di medan perang. Sejak itu, Ren telah mula membiasakan dirinya dengan bentuk manusianya, mempamerkan kesombongan dirinya dari semasa ke semasa. Ai menuntut bahawa dia telah mengajak Ren menyertainya kerana terdapat sesuatu yang dicari-cari Ren, sesuatu yang wujud dalam kebingungan dan ketidakupayaan dirinya untuk memahami tiap-tiap kelakuan manusia. Selain ini, beberapa komen Ren juga menandakan bahawa dia sedang mencari persahabatan, sesuatu untuk mengisi kekosongan kewujudan dirinya daripada memainkan peranan sebagai hanya sebilah pedang yang digunakan untuk membunuh. Ren juga melihat rakan-rakannya sebagai keluarganya. Dia merupakan teman Ai yang kedua.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak