FANDOM


Seorang wanita cantik berpakaian kimono dengan obi yang diikat di hadapan (menandakan bahawa dia seorang pelacur), Hone Onna merupakan salah satu daripada pembantu Enma Ai. Dia bertukar menjadi patung straw berwarna merah apabila dia diperlukan, dengan melontar obi merahnya di atas lehernya. Onna serta Ren berfungsi sebagai penyelidik kepada pelanggan-pelanggan yang melaksanakan kontrak bersama-sama mereka, dan kadang-kala, mereka turut memantau orang yang hendak dihantar ke neraka. Hone Onna selalunya menyamar sebagai perempuan dalam pakaian biasa untuk melakukan penyelidikannya, dalam hal ini dia seringkali menggunakan nama gelaran "Sone Anna". Dalam beberapa waktu, dia menggunakan pisau lontar sebagai senjata; terbukti bahawa dia cukup handal mengendalikan senjata tersebut. Pisau-pisau lontarannya mempunyai sejenis tenaga mistik disebabkan fungsinya yang mampu membunuh makhluk-makhluk ghaib dengan mudah. Onna mempunyai kemahiran untuk menyelit dalam tempat-tempat yang sempit dan kecil, namun masalah timbul apabila dia hendak keluar daripada tempat-tempat begitu. Onna mempunyai tahap kesombongan yang sederhana; dia tidak menyukainya apabila dia "dialamatkan" sebagai obā-san ('perempuan tua' atau 'mak cik'; sejenis gelaran dalam bahasa Jepun bagi wanita di pertengahan umur atau lebih). Dia boleh mendedahkan tulang-tulang dalam tubuhnya untuk menakutkan mereka yang menjadi sasaran dendam; namanya iaitu Hone Onna sebenarnya bermaksud wanita tulang. Dalam episod 8 musim kedua, dia bergurau sambil mengatakan bahawa dia berumur "200 tahun". Imbasan kembali terhadap zaman silamnya mendedahkan bahawa dia merupakan seorang Geisha dengan nama sebenarnya Tsuyu; dia dikhianati seorang pemuda yang dicintainya, yang telah menjualnya ke rumah Geisha untuk melangsangkan hutang lelaki tersebut. Tsuyu dikhianati sekali lagi, kali ini oleh seorang Geisha bernama Kion dalam percubaan membantu Geisha itu dan seorang lelaki yang telah benar-benar mencintai Tsuyu melarikan diri. Dia dan lelaki tersebut ditikam mati oleh seorang samurai di bawah arahan Kion; samurai itu kemudiannya melontar mayatnya ke dalam sebatang sungai. Roh-roh daripada tulang mayat-mayat yang pernah dilontar ke dalam sungai itu bangkit dan bercantum dengan mayat Tsuyu, mengubahnya menjadi yōkai bernama Hone Onna, yang berjumpa dengan Ai dalam kehidupan seterusnya. Onna merupakan teman Ai yang ketiga.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak