FANDOM


Ai...

闇に惑いし哀れな影よ・・・ 人を傷つけ貶めて、罪に溺れし業の魂 ・・・ いっぺん、死んで見る?
Wahai manusia yang diselubungi kegelapan. Perbuatanmu telah mengakibatkan kesakitan dan keseksaan ke atas golonganmu. Jiwamu yang kekosongan lemas di dalam dosa-dosa mereka. Apakah anda sudi melihat kematian?" - Enma Ai

Enma Ai merupakan watak utama Animasi Jigoku Shoujo ini. Enma Ai mempunyai rambut hitam bermaya dan mata berwarna merah cili. Dia merupakan roh kepada seorang kanak-kanak dengan sejarah yang tragik, dan tinggal di sebuah dunia yang sentiasa di waktu senja bersama-sama neneknya, dan bertanggungjawab menerima dan membalas dendam pelanggannya dengan mendayung musuh-musuh mereka ke neraka. Dia selalunya memakai seifuku hitam atau seragam sailor (yang selalu dipakai dalam musim sejuk), tetapi akan sentiasa memakai kimono bercorak bunga-bungaan apabila menjalankan peranannya sebagai Gadis Neraka. Ai mula menjalankan tugasnya sebagai Gadis Neraka tersebut menerusi perasaan dendamnya terhadap penduduk-penduduk kampung yang telah mengorbankannya. Tugasnya memenuhi hasrat manusia lain terhadap dendam peribadi mereka dan mendayung manusia ke Neraka merupakan hukuman yang diterimanya, dan telah dipatuhi dan dijalankannya selama lebih 400 tahun. Walaupun tugas ini dipersembahkan dari segi penebusan dosa, dia tidak pernah diberi pengetahuan akan hari kebebasan terhadap hukumannya. Disebabkan peredaran masa yang telah memakan jiwa raganya, Enma Ai dari awalnya telah kehilangan segala perasaan, seakan-akan menjadi kebas, seperti yang dilihat pada raut wajahnya. Wanyūdō menyatakan bahawa dia masih mempunyai perasaan, meskipun tidak sesekali ditontolkannya dengan jelas, dan juga disebabkan oleh arahan Labah-Labah yang telah menutup pintu hatinya. Pengalaman yang dihadapinya bersama-sama keluarga Shibata telah membangkitkan ketidakpuasan hatinya dengan nasib yang menimpanya dan kemudian telah membangkitkan semula emosi-emosi yang lain, jika tidak, sekurang-kurangnya kemampuannya untuk meluahkan mereka. Sebelum bertemu dengan keluarga Shibata, Ai telah mampu untuk memendam memori dendamnya pada masa silam. Ai telah mempamerkan beberapa kuasa apabila emosinya terganggu ataupun jika dia berasa teramat marah terhadap sesuatu. Antaranya termasuklah mengalirkan letusan-letusan tenaga, keupayaan mencipta ilusi-ilusi nyata dan menggerakkan orang lain dan dirinya ke tempat-tempat lain. Gangguan emosi dan memori yang dipendam Ai dibangkitkan lagi dalam musim kedua setelah menyaksikan penyeksaan yang ditanggung oleh Takuma Kurebayashi, yang serupa dengan situasinya di masa lampaunya. Ini telah menyebabkan Ai menentang Raja Neraka, lantas membebaskan dirinya daripada tugasnya dan kehidupannya sebagai manusia biasa dikembalikan - dan diragut sekali lagi sejurus selepas itu, apabila dia cuba menyelamatkan Takuma daripada penyeksanya. Selepas pengorbanan Ai berlalu, tubuhnya diserap menjadi kelopak-kelopak bunga sakura dan dihayutkan ke langit; ini mungkin melambangkan bahawa pengorbanan dirinya berperanan sebagai suatu penebusan yang mencukupi untuk jenayah yang telah dilakukannya supaya dia bersama-sama mereka yang tersayang dibebaskan daripada cengkaman api neraka.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak